5 Kelebihan FEATURE WALL

1. Bertindak sebagai elemen untuk mencuri perhatian atau pandangan tetamu di sudut utama.
2.Feature wall memberi depth terhadap bilik kecil untuk ilusi ruang lapang. Ia boleh digandingkan dengan penggunaan cat warna yang lebih neutral pada dinding lain supaya memberi visual yang lebih luas.
3. Penggunaan feature wall menjadikan susun atur perabot di sesebuh kediaman lebih tersusun dan menarik.
4. Secara tidak langsung, feature wall menjadi titik fokal yang sempurna. Apa yang lebih penting, tetamu anda juga akan berasa lebih diahrgai apabila anda menjemput mereka untuk bersantai sambil menikmati ruang yang menarik di unit apartment anda.
5. Menggambarkan kreativiti anda dengan biasan idea untuk membentuk feature wall. Untuk nilai tambah, apa kata serikan lagi feature wall anda dengan menggantung lukisan kanvas yang unik, potret keluarga atau apa sahaja yang boleh dibingkaikan agar penataan ruang kelihatan lebih gah.

Apartment April-Jun 2012

Share:

0 comments