Pengiraan Jumlah Wallpaper yang Diperlukan Bagi Satu Ruang /Kawasan Dinding
Kebiasaannya Wallpaper dijual dalam bentuk gulungan atau rol. Lebar dan panjang satu rol bergantung kepada jenis Wallpaper atau kertas dinding tersebut. Panjangnya pula ada pelbagai saiz,ada yang 5 meter, 10 meter, dan 17.5 meter. Untuk mengetahui anggaran jumlah rol yang diperlukan, pengiraannya adalah seperti berikut :
Luas Dinding [satu sisi] = ( Panjang x Tinggi ) - (Luas Jendela atau Pintu)
Contoh 1:
Panjang satu bilik 14' , tinggi 10'
maka pengiraannya ialah 14' X 10' = 140' persegi.
Sekiranya terdapat pintu atau tingkap, maka dapatkan luas kawasan tersebut.
Panjang = 6' dan tinggi = 3 ', oleh itu luasnya adalah 6 X 3 = 18' persegi.
jumlah keseluruhan ruang yang ingin dipasang wallpaper ialah 140 - 18 = 122' persegi.
Setelah mengetahui luas dinding , maka dapatkan pula jumlah gulungan wallpaper yang diperlukan. Caranya ialah bahagikan luas dinding dengan luas gulungan wallpaper,
Contoh :
Bilangan Wallpaper = Luas Dinding / Luas 1 gulung
(di mana luas gulungan = panjang x lebar gulungan yang dijual)
Katakan saiz rol panjang 10 meter dan lebar 0.7 meter, maka luasnya ialah 10X 0.7= 7 meter persegi.
Tukarkan 122' persegi kepada meter persegi iaitu 11.33 meter persegi.
bilangan rol = 11.33 / 7 = 1.62 rol, genapkan kepada nilai tertinggi iaitu 2 rol.
Jumlah tersebut, merupakan jumlah kasar. Sebaiknya anda xtrakan dalam 1 @ 2 kaki sebagai reserve.
0 comments