1 Feature wall 1 Rumah

      


 Assalam dan salam sejahtera, entry yang simple untuk pengunjung yang merancang untuk meletakkan wallpaper atau kertas dinding di kediaman masing-masing. 1 feature untuk 1 rumah, ya itulah matlamat kami, sebagaimana impian anda dan citarasa yang hebat, kami ingin memenuhi impian anda.
       Mungkin anda sedang tercari-cari dan membuat kira-kira tentang budget wallpaper,  nak pasang satu ruang tamu atau satu feature wall sahaja atau nak buat L-shape pada ruang tonton ? Persolannya sesuai ke ? Berapa budget ? Tak cukup budget ?
       Sebenarnya wallpaper bergantung pada citarasa masing-masing, ada yang sesuai pasang satu rumah, ada juga nak letak hanya untuk feature wall, dan sebagainya. Ada yang sukakan kombinasi harmoni, kontra dan ada juga yang tampak berani. Segalanya mengikut citarasa anda.




       Terdapat banyak padanan yang perlu diambil kira sebelum memasang wallpaper, sofa, langsir, keadaan pencahayaan dalam rumah, keluasan, jenis rumah. Namun begitu wallpaper atau kertas dinding adalah wajar untuk dijadikan pelengkap kepada kediaman anda agar nampak menarik dan esklusif.
       1 feature wall untuk 1 rumah, jika anda ingin pasangkan wallpaper hanya untuk feature wall atau satu sudut dinding jangan segan-segan, jangan malu-malu untuk menghubungi kami. Insya Allah, kami akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

Share:

1 comments